UiTM Dengkil Foundation in Engineering (ASiD)

Assalamualaikum...
nak berkenalan sat..saya merupakan pelajar asasi kejuruteraan UiTM sesi 2015/2016. semester 1 di UiTM Puncak Alam aka Palam dan semester 2 di UiTM Dengkil.UiTM Dengkil merupakan Pusat Asasi bagi uitm dimana semua kursus asasi ditempatkan di satu kawasan. Program asasi yang ditawarkan disini ialah Asasi Kejuruteraan, Asasi Sains, Asasi Undang-Undang dan Asasi TESL.
1. Syarat kemasukan
Menurut syarat dari pusat asasi syarat am minimum bagi Asasi Kejuruteraan ialah 2 A- dan 2 B bagi subjek Addmath, Fizik, Kimia dan Matematik. Manakala B untuk subjek BI dan C untuk subjek BM.
Tapi yang mohon ni mesti semua result power2. Mesti straight A punya. Untuk kursus lain dan lebih terperinci boleh rujuk dilaman web http://asasi.uitm.edu.my iaitu laman web rasmi bagi pusat asasi uitm.
![]() |
Asasi Kejuruteraan |
![]() |
Asasi Sains |
![]() |
Asasi Undang-Undang |
![]() |
Asasi TESL |
2. Subjek Asasi Kejuruteraan
Ada 4 subjek teras 2 subjek elektif :
- Subjek teras yang pertama ialah matematik. Walaupun nama matematik tapi isinya ialah addmath. So, hangpa(korang) semua kena ingat balik yang belajar waktu SPM sebab addmath dijadikan basic math di asasi.
- Yang kedua ialah fizik. Fizik ni pun banyak macam spm jugak la. tapi best!!
- Ketiga kimia. Sem 1 subjek ni belajar banyak pasal kira2. So, sapa2 yang minat calculation dalam kimia boleh la study betul2 untuk skor final exam sbb sem 2 kimia banyak kepada hafalan. Siapa yang minat hafal, bolehla skor waktu sem 2. Tapi, better skor utk dua2 sem la. takkan xmau pointer tinggi.
- Subjek yang terakhir ialah Sains Komputer (CSC). CSC ni macam kita belajaq subjek bio la. banyak kena hafal dan ingat. CSC ni kita belajar pasal komputer ja utk sem 1 macam software and hardware, internet dan lain-lain. Sem 2 kita akan belajar pasai programming. Programming ni perrggghhh!!! susah pada bio lagi. So, sapa2 yang kurang minat dalam komputer baik pikiaq balik dan buat pilihan yang tepat. Jangan menyesal pulak.
- Subjek elektif yang diajar ialah Pendidikan Islam (CTU) dan English (ELC).
3. Elaun??!!
Elaun utk pelajar asasi KPM bagi sebanyak 1250MYR/sem. Elaun dapat seketul 1250, elaun ni xmasok bulan2. So, gunakan duit elaun sebaik mungkin. Jangan boros sangat. Selalunya masuk sem dua, boleh nampak ramai yang guna fon baru. Tpi dengar citer elaun dah xada utk next intake. betul ke??. xpasti..
4. Kawasan Persekitaran
UiTM Dengkil ni macam sekolah berasrama la sebab kawasan dia kecik ja..xbesaq mana pon. Kolej dengan kampus pun xjauh mana. Ambik masa lebih kurang 5 minit untuk ke kampus dari Kolej Tualang 3 (lelaki) aka blok hujung sekali yang paling jauh dari kampus. Kalau blok Dahlia (perempuan) rasanya xsampai 2 minit boleh sampai kampus sebab bersebelahan saja.
![]() |
Bangunan Pentadbiran |
![]() |
Bangunan Progresif (Kampus) |
![]() |
Pusat Islam |
![]() |
Uptown Dengkil |
![]() |
Tualang 1 |
![]() |
Bangunan Kampus Dinamik |
![]() |
Kolej Tualang 3 |
utk pengetahuan semua, uptown dengkil baru saja ditutup atau dirobohkan atas sebab tertentu. Kawasan luar uitm pula seperti pekan kecil dimana ada pasar raya, 7eleven, kedai runcit, kedai mamak, dobi, cyber cafe dimana tempat student main game dan bank. Pasar malam diadakan pada setiap malam jumaat dan malam sabtu dimana terdapat pelbagai makanan yang sedap (mahal jugak la) dan buah-buahan dan pelbagai lagi.
Dalam uitm terdapat kawasan bernama Anjung Dengkil atau kafeteria yang mempunyai 2 tingkat. Tingkat 1 ada kedai jual makanan dan minuman sahaja manakala tingkat 2 ada pelbagai kemudahan seperti :
- Mart (ada dua)
- Bakery
- Kedai Hipster
- Kedai Komputer
- Saloon
- Kedai Photostate
- ATM
- Koperasi
- Surau
- Butik
5. Riadah
Ada satu padang bola dimana student akan main bola dan main ragbi dalam satu padang. 2 court takraw dan 2 court tenis serta 1 court futsal di kawasan blok siswa. Terdapat juga 'bar' ada disebelah padang bola. Dekat blok Dahlia (siswi) ada 1 court futsal,2 court tenis dengan court netball kot. xpasti sangat ada apalagi dekat blok dahlia. Yang pasti gym dengan basketball x ada dlm ni. Selalunya setiap petang geng2 basketballer akan pergi main dekat court dekat luar uitm (pergi jalan kaki). Begitu juga dengan gym dimana ramai student akan keluar dari uitm utk pergi gym waktu weekend.
6. Kelas
Selalunya student engineering dan sains akan dapat banyak kelas (atau semuanya) dalam BK (bilik kuliah) mcm kelas boleh muat dua kelas manakala DK (dewan kuliah) selalunya utk student law and tesl. Tapi aku prefer BK lagi sebab meja besaq, senang nk tulis nota dan buat latihan bagai. Kalau DK meja kecik. Dalam kampus semua tempat sejuk sebab ada air con.
Ok, last sekali nak cakap masuk p tang mana pun. janji belajaq dan cari rezeki yang halal.
Kepada lepasan SPM yang berminat nak masuk asasi uitm, bolehla apply di upu. Anda sgt dialu-alukan. Sebarang pertanyaan boleh la tanya di komen dibawah.
P/S: kepada yang dah berjaya dapat tawaran sambung belajar samaada Asasi Dengkil atau yang lain. Aku nk ucapkan tahniah kepada semua. Kepada yang sambung belajaq tu mesti akan dapat elaun yang banyak kan 😜. So, mesti la nk buat pembelian online secara lebih selamat kan? Kalau silap langkah boleh lesap sekelip mata saja semua duit elaun tu tau 😭😭. Kalau ada backup plan untuk secure akaun bank kita dari scammer atau ada kad debit/credit card backup lebih selamat untuk kita membuat sesuatu pembelian secara online 👍.
Kalau berminat dan ingin tahu tips tersebut boleh klik link ini 👉👉: Sini
Update Ogos 2020: mesti susahkan nk cari blog cerita pasai Asasi Kejuruteraan 😆😆. asyik jumpa Asasi Sains saja. hahaha
Haa nak tanya ni kalau pasum pintu gate sentiasa dibuka pastu student bole keluar masuk bila2 masa. Abis kalau asid ni cam ne plak ke sama je cam pasum
ReplyDeleteASiD ni xsama mcm pasum..ASiD ni kecik ja kawasan dia mcm sekolah asrama mcm mrsm..gate bukak utk student masuk mula pukul 7pg-11.30mlm. Pukul 8mlm-7pg kenderaan xboleh masuk
DeleteHaa nak tanya ni kalau pasum pintu gate sentiasa dibuka pastu student bole keluar masuk bila2 masa. Abis kalau asid ni cam ne plak ke sama je cam pasum
ReplyDeleteSalam , nak tanya . mmg boleh keluar masuk bila bila je ke , means waktu yang ditetapkan tu ? perlu ada kebenaran ke ?
ReplyDeleteWasalam, waktu yg boleh keluar masuk tanpa kebenaran 7pg-12mlm.
ReplyDeletenak tanya dulu masuk asasi kejuruteraan ada panggil interview dulu tak ?
ReplyDeletesaya xdpt interview. tpi ada saja org kena pergi interview
DeleteNak tanya. Lepas tamat asasi kejuruteraan kt uitm. Bole sambung kt U lain tak ?
ReplyDeleteboleh saja nk sambung dekat u lain
DeleteWaktu belajar dan kelas biasanya pukul berapa. Dan kenderaan seprti moto dan kereta dibenarkan x?
ReplyDeleteSalam, ni ka asasi yg utk architechture terus ke degree tu? thanks
ReplyDeletewasalam,bukan, ni asasi kos engineering, sains, law dan tesl.
DeleteOuh okay. I read that there's a course yg boleh terus ke degree for architecture study in uitm. Mind explain a bit about it? Ah btw, are you an architecture student?
DeleteAs salam.. kalau result saya bukanlah straight As, agaknya peluang nak masuk tu tipis ke ? Atau lebih baik saya apply diploma shj ?
ReplyDeleteWasalam, kalau cukup syarat minimum masih ada peluang untuk masuk asasi.
DeleteAs salam. Kalau nak puruse computer science degree...better opt for foundation in science ke foundation in engineering? Sebab foundation in science ada subject bio tp foundation in engineering ada subject computing pulak...
ReplyDeleteWasalam, better ambil foundation in engineering sebab perlu ada basic programming atau computing
DeleteAs Salam, result saya xde lah gempak mana,saya dapat 6A 3B yg B tu fizik,bio,kimia. Saya suka sangat dengan matematik. Syarat minimum dh lepas tapi tipis ke peluang saya nak masuk asasi kejuruteraan?
ReplyDeleteWasalam, peluang masih ada sbb sya masuk asasi dgn 5A sja
DeleteResult saya 7A 1B 1C+, peluang tipis ke nak masuk ASiD ni? utk foundation engineering
DeleteResult saya 7A 1B 1C+, masih ada peluang tak untuk saya masuk ASiD ? Saya berhajat nak pursue in foundation engineering
DeleteAssalamualaikum , result saya 7A ( MAth A , Kim A-) 2B+(Fiz&Addmath) 1C (Bio) . And saya dah buat first choice dkat upu so peluang utk dapat Asasi kejuruteraan uitm tuu tinggi tak ?
ReplyDeleteWaktu belajar pakai APA?
ReplyDeleteHari Isnin kena pakai pakaian formal, hari lain boleh pakai t-shirt berkolar dan seluar jeans bagi pelajar lelaki. Hari jumaat boleh pakai baju melayu ataupun jubah
Deleteapa specialnya AsiD ni sbb saya agak sedih sbb x masuk pasum risau plak nnti nak try prgi ukm or um pluang tipis
ReplyDeleteOk tak peluang kerja u yg ambk kejuruteraan ni
ReplyDeletePeluang perkerjaan memang luas utk aliran kejuruteraan sebab ada macam-macam jenis kejuruteraan yang ada dlm dunia ni spt Civil, Electric, Mechanical, Mechatronik, Computer, Software, Elektronik dll.
DeleteApakah bank yang digunakan untuk elaun kepada pelajar asasi uitm
ReplyDeletebank islam
DeleteSaya pelajar spm 2019.. currently sedang tunggu result.. apa beza matrik teknikal dengan foundation of engineering? Sama ke subjek ?
ReplyDeletesubjek tak sama. matrik teknikal ada lukisan kejuruteraan tak silap sya
DeleteLepas habis foundation engineering lepastu boleh je ke sambung mana"???? Please reply
ReplyDeleteya boleh sambung dimana-mana universiti asalkan cukup syarat minimum
DeleteBoleh suggest link nota2 Yang belajar ?
ReplyDeleteSaya pun dah terlupa buku yang mana saya guna dulu. Tapi saya ada jumpa link ni untuk download buku teks dari telegram. Harap link ni dapat bantu. https://telegram.me/s/mechanicalengineeringbooks?before=87
DeleteBerdasarkan pengalaman saya, buat latihan dan fahamkan latihan yang ada dalam buku teks yang lecturer guna. Sebab soalan exam selalunya berdasarkan latihan dalam buku teks.
subjek kat sana susah ke?
ReplyDeletestress ke belajar asasi sebab katanya pembelajarannya agak laju?
Subjek yang kita belajar di sekolah spt fizik, kimia dan addmath akan menjadi basic di Asasi. Kalau awak memang faham apa yang diajar semasa zaman persekolahan. Agak mudah untuk awak catch up dengan pembelajaran di Asasi ni walaupun jadual kelas yang agak padat. Stress??? Bagi saya tak perlu stress pon belajar asasi, masih jauh lagi perjalanan hidup ini. Ada Degree life, alam pekerjaan, alam perkahwinan dan byk lagi. Rilek2 ja jgn stress.
Deletekalau dapat belajar asasi kejuruteraan ni, lepas habis asasi ni, wajib teruskan belajar dalam bidang kejuruteraan ke? ataupun boleh teruskan belajar (degree) dalam bidang lain?
ReplyDeleteboleh teruskan belajar dalam bidang lain. asalkan cukup syarat minimum untuk sambung belajar dlm sesuatu bidang yg nk pilih tu
Deletesaya nak tanya kenderaan persendirian macam moto and kereta student boleh bawak ke
ReplyDeleteKenderaan pelajar tidak dibenarkan
DeleteHai, nak tanya, guna buku apa ya untuk belajar setiap subjek2 tu? Boleh beri tajuk buku-buku tersebut? Terima kasih.
ReplyDelete